Thursday, 11 October 2018

PRK PD: Anwar ... Lulus ke Gagal ?

Anwar gagal memahami pengundi Port Dickson. Kerusi ini memang tidak selamat untuk Anwar. Dengan adanya Tan Sri Isa yang sangat-sangat berpengaruh, dan rendahnya peratusan pengundi, Anwar akan kalah mengejut. Hanya orang Port Dickson mengenali lebih dekat Tan Sri Isa.

Pas bukan saingan kerana Pas Port Dickson hampir lumpuh akibat ahli-ahlinya menyertai Pan. Jentera Anwar & Pas kesemuanya dari luar.

Tan Sri Isa mempunyai akar umbi yang kuat dan akan mendapat sokongan pengundi Melayu Umno. Hubungan pemimpin Cina dan India dan Tan Sri Isa juga sangat baik.

Perlu diingat lawan PKR di Parlimen selama 3 penggal ini ialah MIC yang gagal mendapat sokongan pengundi Melayu khususnya UMNO

3 Parlimen terakhir yang dipertimbangkan oleh Anwar iaitu Port Dickson dan 2 di Kedah, Sungai Petani dan Kulim Bandar Baru juga bukan tempat selamat untuk Anwar.

Ia umpama perangkap yang dipasang dan team Anwar samada sedar atau tidak, terpaksa membuktikan kehebatan pengaruh Anwar Ibrahim dengan menyahut cabaran.

Kalau sebelum kempen PRK Port Dickson, penyokong Anwar lantang untuk menang besar, kini misi telah bertukar untuk selamatkan Anwar dari kekalahan.

Hingga Tun M dan semua kepimpinan Pakatan Harapan terpaksa turun membantu kempen yang dipenuhi penyokong mereka sendiri dari seluruh pelusok negara.

PKR dilihat kempen syok sendiri seperti yang berlaku kepada Barisan Nasional sebelum ini.

Nota:
PORT DICKSON tanah kelahiranku ...

Aku anak Jati yang akan mengundi orang yang paling banyak berjasa di Port Dickson ... Tan Sri Isa Samad

Nota kaki: Lihat sendiri gambar-gambar Tan Sri Isa bersama pengundi dari serata ceruk Port Dickson di Page Facebook Tan Sri.

No comments:

Post a Comment