*KISAH BENAR DI SEBALIK ISA DAN FELDA*
PRK PD pada kali ini menyaksikan isu mengenai Felda ditimbulkan semula atau sekurang-kurangnya menjadi persoalan kepada para pengundi PD sehingga menyebabkan mereka menjadi sangsi untuk memilih Tan Sri Isa Samad selaku calon BEBAS pada kali ini. Penulis di sini ingin menerangkan isu-isu yang melibatkan FELDA dan FGV supaya semua pihak mendapat penjelasan yang tepat sekaligus bertindak memilih Isa Samad sebagai Ahli Parlimen Port Dickson pada 13 haribulan ini.
Pertama sekali harus diterangkan bahawa FELDA dan FGV merupakan dua entitI berbeza dimana FELDA merupakan pemegang saham terbesar di dalam FGV.
*ISU MELIBATKAN FELDA*
*1. Isu pindah milik tanah FELDA*
Isu ini menjadi panas apabila bekas Pengerusi FELDA lalu Tan Sri Shahril Samad mendakwa bahawa tanah FELDA di Jalan Semarak KL telah dipindah milik tanpa pengetahuan pihak FELDA sendiri. Pihak FELDA telah membuat laporan kepada pihak SPRM dan polis bagi menyiasat isu tersebut dan kedua-dua agensi penyiasat telah membuat kenyataan tidak ada apa-apa kesalahan mengenai pindah milik tersebut dari segi jenayah atau sivil.
Untuk kenyataan SPRM sila klik: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pindah-milik-tanah-felda-tiada-unsur-rasuah-hanya-kelemahan-tadbir-urus-sprm-163592
Untuk kenyataan PDRM sila klik: http://www.sinarharian.com.my/nasional/isu-tanah-felda-tiada-pendakwaan-diteruskan-1.880523
*2. Skandal ikan sturgeon berjumlah RM 46 juta.*
Skandal ikan sturgeon berlaku kerana Bekas Pengarah Besar FELDA, Datuk Haji Faizoul dan Timbalan Pengarah Kewangan FELDA, Encik Sufi Mahboob bersubahat bagi melakukan pecah amanah dan meluluskan wang tanpa pengetahuan pihak Lembaga FELDA atau Jawatankuasa Tender FELDA. Kedua mereka telahpun dihukum penjara. Sila klik: http://www.mstar.com.my/berita/berita-mahkamah/2017/03/01/felda-dakwa/
*3. Hilangnya wang FELDA sebanyak 6 billion.*
Sebenarnya wang tersebut tidak hilang. Tetapi ia dibelanjakan untuk pengurusan dan juga insentif-insentif lain berkaitan FELDA. Misalnya RM 1.7 billion digunakan untuk insentif “durian runtuh” di mana setiap keluarga peneroka mendapat sebanyak RM 15 ribu, pembayaran one off kepada kerajaan Negeri Pahang dan Sabah, perbelanjaan pengurusan dan lain-lain lagi. Perbelanjaan ini semuanya didokumentasikan di dalam Penyata Kewangan FELDA dan telah pun didedahkan kepada umum. Tapi berapa ramai yang sebenarnya melihat penyata tersebut dan mengkajinya.
Malah, kerajaan PH juga telahpun membuat kenyataan akan membentangkan Kertas Putih pada sessi Parlimen yang akan datang kepada awam supaya semua pihak dapat melihat ke mana perginya wang FELDA yang kononnya dituduh lesap itu.
Sila klik: http://www.sinarharian.com.my/nasional/kertas-putih-felda-akan-dibentang-di-parlimen-1.866332
*ISU MELIBATKAN FGV*
*1. Isu pertembungan diantara bekas CEO FGV Zakaria Arshad dan Isa Samad*
Sebenarnya pertembungan antara Isa dan Zakaria berlaku kerana adanya laporan daripada Audit Dalaman FGV yang menyatakan bahawa terdapat urusniaga yang tidak mengikut peraturan dilakukan oleh Zakaria Arshad antara anak syarikat FGV Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP) dan Safitech Trading LLC sebuah syarikat berpengkalan di Dubai.
Pihak Audit Dalaman kemudiannya membawa perkara ini kepada pihak Lembaga FGV di mana Pengerusinya pada waktu merupakan Tan Sri Isa Samad. Pihak FGV kemudiannya melantik syarikat audit antarabangsa iaitu Price Waterhouse Coopers (PWC) untuk membuat siasatan forensik bagi memastikan kesahihan perkara tersebut. Zakaria Arshad kemudiannya digantung sehinggalah siasatan tersebut selesai.
Tetapi Zakaria mengambil kesempatan ini dengan membuat satu pakatan syaitan bersama Habibur Rahman, bekas Pengarah FGV dan strategis Datuk Sri Najib Tun Razak menerusi orang kanannya Denys Colin Munang yang merupakan adik ipar kepada Habibur Rahman. Mereka telah menghasut Datuk Seri Najib kononnya langkah terbaik untuk memastikan agar sokongan peneroka FELDA tetap kekal bersama BN ialah dengan memangsakan Isa Samad.
Tambahan pula pada waktu itu, terdapat gerakan untuk menimbulkan rasa benci kepada Isa Samad dengan menggunakan NGO FELDA dan juga pemimpin UMNO sendiri. Mereka semua cemburu melihat Isa menerajui Kumpulan FELDA dan FGV sekaligus mahu menghapuskan karier politik beliau, manakala Zakaria pula mahu menutup kesalahan yang beliau lakukan dengan mengapikan peneroka dengan menggunakan sentimen beliau sebagai anak peneroka.
Oleh kerana itulah Isa Samad dikenakan reman sebelum PRU ke-14 lalu kerana Datuk Sri Najib telah termakan hasutan kumpulan ini yang kononnya dengan menangkap Isa maka sokongan peneroka FELDA terhadap BN akan dapat dikembalikan.
Hari ini kita semua dapat saksikan bahawa strategi ini salah malah memakan diri sehingga menyebabkan kekalahan BN di kawasan FELDA sendiri pada PRU ke 14 lalu.
Zakaria sementara itu dihadapkan untuk menjalani siasatan dalaman (Domestic Inquiry) dan mereka mendapati bahawa Zakaria bersalah di atas semua pertuduhan.
Tetapi memandangkan pilihanraya pada waktu itu terlalu hampir maka keputusan tersebut didiamkan begitu sahaja dan sehingga kini masyarakat masih lagi menuduh Isa sebagai orang yang bersalah.
Tetapi Tuhan itu Maha Adil. Doa mereka yang teraniaya pasti akan dikabulkan oleh Allah SWT. Buktinya baru-baru ini Zakaria Arshad telah pun meletakkan jawatan. Tetapi pihak FGV belum lagi mendedahkan sebab musabab perletakan jawatan beliau. Beliau sebenarnya dipaksa berhenti kerana kesalahan yang beliau lakukan. Siasatan forensik akan dilakukan ke atas FGV di bawah Lembaga Pengarah yang baru.
Sila klik: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/zakaria-letak-jawatan-presiden-ceo-fgv-1.749883
Cubalah pengundi PD fikir dan renungkan sejenak. Kenapakah agaknya Zakaria Arshad tetap dipaksa berhenti sedangkan Isa kini tidak punya kuasa apa-apa dan kerajaan BN tidak lagi memerintah. Tidakkah ini menunjukkan bahawa sebenarnya apa yang penulis ceritakan ini merupakan cerita benar di balik tabir yang tidak diketahui oleh masyarakat?
Tidakkah ini menunjukkan bahawa mungkin Isa sebenarnya orang teraniaya disebabkan oleh politik dalaman FGV dan UMNO itu sendiri sehingga beliau menjadi mangsa semata-mata mahu memenangkan BN dan UMNO. Tetapi Isa sebagai manusia politik tetap sabar dan REDHA kerana beliau tahu inilah permainan yang harus beliau hadapi.
Bagi membuktikan kebenaran apa yang diceritakan, penulis ingin mencabar pihak FGV agar mendedahkan kepada umum hasil siasatan dalaman yang dibuat terhadap Zakaria Arshad supaya masyarakat dapat melihat siapa yang dianiayai dan siapa yang menganiayai. Ini penting bagi membersihkan nama Isa sekaligus menunjukkan kepada dunia siapa sebenarnya musang yang berbulu ayam. Dedahkan lah...
Kesimpulannya, Tan Sri Isa sebenarnya tidak terlibat dengan skandal di FELDA mahupun FGV tetapi digembar-gemburkan oleh musuh politik beliau. Malah beliau cuba untuk memperbetulkannya. Ini merupakan permainan yang sangat licik untuk menganiayai beliau dan adalah penting untuk pengundi PD sedar bahawa Isa tidak bersalah dan layak untuk dipilih menjadi Ahli Parlimen Port Dickson pada PRK PD kali ini.
*Oleh itu, undilah Tan Sri Isa Samad, calon BEBAS, nombor 5, berlogokan KERUSI.*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
An Open Letter to Tun M @chedetofficial By Justin Chin Jing Ho My name is Justin Chin Jing Ho and I am (or soon to be, “was”) a Malaysian...
-
JUANI MUNIR ABU BAKAR PUTRAJAYA 10 Okt.- Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini selesai memberikan keterang...
-
Jangan ada individu atau badan yang mahu menjadi jaguh, mengungkit dan menuntut perkara-perkara asas

No comments:
Post a Comment