Sunday, 14 October 2018

Kuota Bumiputera: Catatan Buat Menteri Zuraida Kamarudin

Kuota Bumiputera: Catatan Buat Menteri Zuraida Kamarudin

1. Menteri Perumahan membuat kenyataan yang sangat bingung dan tolol. Kata beliau kuota perumahan tidak perlu ikut bangsa atau agama. Ini sebagai menjawab saranan REHDA yang mahukan penjualan hartanah kuota bumiputera hanya dihadkan kepada 6 bulan.

2. Kita faham menteri baharu ini banyak yang tidak faham sejarah dan tujuan sesuatu polisi dibuat. Oleh kerana ada kuota bumiputera dan beliau tidak faham, maka ia dianggap polisi ini sebagai rasis.

3. Saya pernah menulis dan saya ulangi lagi, tujuan pengenalan kuota minima 30 peratus kawasan perumahan dan perniagaan hendaklah dijual kepada kaum bumiputera merupakan satu proses "rekayasa sosial" (social engineering) untuk membentuk semula pola kependudukan rakyat Malaysia selepas 13 Mei 1969.

4. Dasar ini diwujudkan supaya setiap kawasan perumahan dan perniagaan (hartanah) menggambarkan komposisi antara bumiputera dan bukan bumiputera,

5. Sebelum 13 Mei kaum Cina dan Melayu duduk secara terasing dan terpisah. Apabila berlaku peristiwa 13 Mei, orang cina membakar kawasan orang Melayu dan orang Melayu membakar kawasan orang cina. Inilah yang cuba dicegah oleh kerajaan kemudiannya.

6. Pemberian diskaun bumiputera 7-10% untuk hartanah lot bumiputera bukan kerana ingin membantu kaum bumiputera atau orang Melayu atas faktor miskin dan pilih kasih.

7. Potongan ini diperkenalkan kerana pembelian hartanah di bawah kuota bumiputera terikat kepada syarat bahawa sebarang perubahan hak milik mesti mendapat kebenaran Kerajaan Negeri dan hendaklah dijual kepada bumiputera juga.

8. Hartanah ini memerlukan satu kebenaran khas berasingan jika mahu dijual kepada bukan Bumi. Tujuan syarat ini ialah untuk memastikan setiap kawasan perumahan dan perniagaan tidak dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja.

9. Justeru syarat pemilikan seperti ini telah mengurangkan nilai semasa sesebuah hartanah lot bumi berbanding pemilikan terbuka di kawasan yang sama.

10. Atas sebab itu diperkenalkan diskaun 7-10% bagi pembelian kuota di bawah Bumiputera. IA BERTUJUAN MENGIMBANGI KERUGIAN   NILAI SELEPAS PEMBELIAN.

Melayu-melayu bengap dan bukan Melayu yang rasis dalam Pakatan kena faham:

"Diskaun diberi ke atas hartanah bumiputera kerana "restriction" ke atas lot bumi yang dijual, bukan kerana keistimewaan untuk orang Melayu. IA BERTUJUAN MENGIMBANGI KERUGIAN NILAI SELEPAS PEMBELIAN."

Jangan merepek kononnya orang Melayu telah ramai yang kaya dan tidak perlu dapat diskaun.  Ini tidak ada kena mengena dengan pendapatan orang Melayu.

Dari fb abe Ab Jalil Backer

Thursday, 11 October 2018

BENARKAH ISA TIDAK BANTU PD?

*BENARKAH ISA TIDAK BANTU PD?*

Sepanjang kempen PRK PD pada kali ini pelbagai dakwaan dibuat bahawa Isa Samad tidak membantu penduduk PD atau membangunkan kawasan ini sepanjang beliau menjadi Menteri Besar dahulu hingga kini.


Wan Azizah, Agong offered me PM post after GE14

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail admitted that she was offered the prime minister’s post after Pakatan Harapan (PH) won the 14th general election on the night of May 9.


KISAH BENAR DI SEBALIK ISA DAN FELDA

*KISAH BENAR DI SEBALIK ISA DAN FELDA*

PRK PD pada kali ini menyaksikan isu mengenai Felda ditimbulkan semula atau sekurang-kurangnya menjadi persoalan kepada para pengundi PD sehingga menyebabkan mereka menjadi sangsi untuk memilih Tan Sri Isa Samad selaku calon BEBAS pada kali ini. Penulis di sini ingin menerangkan isu-isu yang melibatkan FELDA dan FGV supaya semua pihak mendapat penjelasan yang tepat sekaligus bertindak memilih Isa Samad sebagai Ahli Parlimen Port Dickson pada 13 haribulan ini.


PRK PD: Anwar ... Lulus ke Gagal ?

Anwar gagal memahami pengundi Port Dickson. Kerusi ini memang tidak selamat untuk Anwar. Dengan adanya Tan Sri Isa yang sangat-sangat berpengaruh, dan rendahnya peratusan pengundi, Anwar akan kalah mengejut. Hanya orang Port Dickson mengenali lebih dekat Tan Sri Isa.

Pas bukan saingan kerana Pas Port Dickson hampir lumpuh akibat ahli-ahlinya menyertai Pan. Jentera Anwar & Pas kesemuanya dari luar.

Tan Sri Isa mempunyai akar umbi yang kuat dan akan mendapat sokongan pengundi Melayu Umno. Hubungan pemimpin Cina dan India dan Tan Sri Isa juga sangat baik.

Perlu diingat lawan PKR di Parlimen selama 3 penggal ini ialah MIC yang gagal mendapat sokongan pengundi Melayu khususnya UMNO

3 Parlimen terakhir yang dipertimbangkan oleh Anwar iaitu Port Dickson dan 2 di Kedah, Sungai Petani dan Kulim Bandar Baru juga bukan tempat selamat untuk Anwar.

Ia umpama perangkap yang dipasang dan team Anwar samada sedar atau tidak, terpaksa membuktikan kehebatan pengaruh Anwar Ibrahim dengan menyahut cabaran.

Kalau sebelum kempen PRK Port Dickson, penyokong Anwar lantang untuk menang besar, kini misi telah bertukar untuk selamatkan Anwar dari kekalahan.

Hingga Tun M dan semua kepimpinan Pakatan Harapan terpaksa turun membantu kempen yang dipenuhi penyokong mereka sendiri dari seluruh pelusok negara.

PKR dilihat kempen syok sendiri seperti yang berlaku kepada Barisan Nasional sebelum ini.

Nota:
PORT DICKSON tanah kelahiranku ...

Aku anak Jati yang akan mengundi orang yang paling banyak berjasa di Port Dickson ... Tan Sri Isa Samad

Nota kaki: Lihat sendiri gambar-gambar Tan Sri Isa bersama pengundi dari serata ceruk Port Dickson di Page Facebook Tan Sri.

Wednesday, 10 October 2018

An Open Letter to Tun M @chedetofficial

An Open Letter to Tun M @chedetofficial
By Justin Chin Jing Ho

My name is Justin Chin Jing Ho and I am (or soon to be, “was”) a Malaysian tunneller working on the KVMRT Line 2 underground project. I graduated 6 years ago with a 1st Class Master’s Degree in Civil Engineering from one of the best engineering universities in the world near the top of my class and despite receiving some lucrative job offers, I decided to drop all logic and follow my heart to come back to serve my beloved country Malaysia and participate in building this nation I call home. I chose not to be another number contributing to Malaysia’s brain drain statistic.