Wednesday, 10 October 2018

"Semuanya ok" - Ahmad Zahid

JUANI MUNIR ABU BAKAR

PUTRAJAYA 10 Okt.- Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini selesai memberikan keterangan selama lapan jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).




Bagaimanapun Ahmad Zahid enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.


Beliau hanya memberikan reaksi:

"Semuanya ok, tiada apa-apa," katanya.

Presiden UMNO itu yang tiba pada pukul 9.20 pagi dan dilihat keluar pada 5.40 petang.

Turut dipanggil untuk memberi keterangan bagi siasatan berhubung dakwaan sama ialah anak Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan abang tirinya, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.

Terdahulu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu tiba di sini dengan menaiki kereta jenis Lexus berwarna putih tiba di sini dengan mengenakan baju batik berwarna hijau.

Menurut sumber sebelum ini memaklumkan, Ahmad Zahid dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan dana di sebuah yayasan yg beliau adalah pengasasnya.

Difahamkan, Ahmad Zahid telah menerima waran daripada SPRM pada minggu lalu supaya hadir ke ibu pejabat agensi itu hari ini.

Ini merupakan kali ketiga Ahmad Zahid dipanggil keterangan kepada SPRM apabila sebelum ini membabitkan siasatan dana yayasan dikaitkan dengan beliau iaitu Yayasan Akal Budi.-UTUSAN ONLINE

1 comment:

  1. Review of the best casino games in Canada - Wooricasinos.info
    Overall, 비트코인갤러리 the selection of games are very good, with games such as Video Poker, 벳365우회주소 You might 바카라마틴 also like to try out other 가상화폐종류 games as 골인 벳 먹튀 well as online slots.

    ReplyDelete