Assalamualaikum
Rancangan Allah Rancangan Paling Tepat
Tahun 2009, juga dlm bukan Oktober, BN memenangi pilihanraya kecil (PRK) Bagan Pinang buat pertama kali, selepas PRU 12, 2008.
Sebelum PRK Bagan Pinang, semua calon BN tewas iaitu di DUN Galas, DUN Bukit Selambau, DUN Batang Air, DUN Penanti, DUN Manik Urai & DUN Permatang Pasir.
Calon BN di DUN Bagan Pinang yg menang selepas 6 kekalahan itu ialah Tan Sri Mohd Isa Abd Samad.
Selepas kemenangan itu, ada tiga PRK lagi, iaitu DUN Tenang, DUN Melimau & DUN Kerdau, kesemuanya BN menang.
Ini yg saya katakan rancangan Allah itu rancangan paling tepat. Dlm PRU 12, 2008, Tan Sri Mohd Isa digugurkan dari dicalonkan semula.
Beliau pun redha dengan keputusan & tidak bertindak menentang keputusan pucuk pimpinan kerana menggugurkannya.
Tiba2, ADUN Bagan Pinang, Sdr Azman B Md Noor meninggal dunia. Di sinilah saya melihat, Tan Sri Mohd Isa menjadi penyelamat BN.
Kehadirannya menjadi ‘empangan’ menyekat tsunami kemenangan parti2 lawan mengalahkan BN.
Kini, 2018, selepas 9 tahun, juga berlaku dlm bulan Oktober, tiba-tiba berlaku kekosongan kerusi Parlimen Port Dickson.
Kebetulan, Tan Sri Mohd Isa tidak bertanding dlm PRU14 9hb Mei 2018 yg lalu.
Jika diizinkan Allah, sekali lagi, Tan Sri Mohd Isa akan menjadi perhatian seluruh dunia jika berlaku keajaiban dengan memenangi PRK Port Dickson ini, walaupun kali ini beliau bertanding atas tiket Bebas, apa bila Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan utk memboikot PRK ini.
Saya cukup yakin Tan Sri Mohd Isa tidak akan bertanding atas tiket Bebas, jika BN meletakkan calon dlm PRK ini.
Siapa tahu, sekali lagi Tan Sri Mohd Isa akan menjadi “empangan” kpd tsunami politik negara ini.
Manusia merancang, Sesungguhnya perancangan Allah adalah terbaik.
Ayuh para pengundi Port Dickson. Ulangi kejayaan yg pernah dibuat ketika PRK Bagan Pinang dahulu. 9 tahun lalu, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad menang dengan majoriti 5000 undi di DUN Bagan Pinang mengalahkan calon PAS, tiada sebab jika kali ini, kemenangan yg sama boleh dibuat. Insyaallah
Memberi undi kepada Tan Sri Mohd Isa yg menggunakan lambang KERUSI akan mengembalikan maruah “anak tempatan PD”
#TSIforPD
#PD4PD
Terima kasih
Coretan pagi Selasa 9hb Okt 2018
HDHI - PD

No comments:
Post a Comment