Salam pagi Isnin 8hb Oct 2018
Pengundi2 PRK Parlimen PD
Ini pilihan raya kecil. Ia bukan bertujuan utk menukar kerajaan. Sebelum ini pengundi2 sudah membuat pendirian menukar kerajaan & menukar Perdana Menteri. Ya, ia sudah dilakukan dlm PRU14.
Oleh itu, dlm pilihan raya kecil, kita hanya nak mengisi kekosongan. Kerusi ini dikosongkan oleh org yg tidak tahu bersyukur. Dia sudah dipilih oleh pengundi2 pada 9hb Mei 2018 yg lalu. Tetapi dia melepaskan kerusi yg dimenangi ini tanpa alasan yg lazim iaitu kerana kematian, hilang kelayakan atau gila.
Dia buat kerusi Parlimen ini mcm kerusi perabut di rmh dia. Tak suka, tukar.
Yg susah pengundi. Pengundi yg bekerja, terpaksa bercuti, ambil cuti & kena cuti, hanya utk mengundi.
Marilah kita fikir dengan rasional. Kalau org luar sudah tolak kerusi ini, dengan melepaskan ia setelah menang, bagilah kerusi ini diwakili oleh Tan Sri Mohd Isa Abd Samad. Bekas MB, bekas ADUN Bagan Pinang & bekas Menteri Wilayah Persekutuan. Beliau anak tempatan. Insyaallah, sebagai pengundi, mudah utk kita temui jika ada masalah2 yg hendak diselesaikan.
Mungkin anak2 muda kurang mengenali beliau. Tetapi bertanyalah dengan org2 lama. Pasti mereka bercerita tentang jasa dan perkhidmatan yg pernah beliau berikan.
Jadikan #TSIforPD sebagai kenyataan. #PDforPD akan memberi lebih makna kpd penduduk di PD. Jgn lagi ada undi utk org luar. Inilah kali pertama anak tempatan bakal menjadi Ahli Parlimen PD. Sudah berapa kali kita melihat pengundi memberi undi kpd org luar. Mereka tidak bersyukur. Selepas menang, mereka meletakkan jawatan. Mereka boleh ketawa, tetapi pengundi yg tersiksa...
Hentikan semua sandiwara ini. Kita sokong calon Bebas lambang KERUSI yg berani, telus & telah terbukti berjasa selama ini.
Kita kena bezakan yg mana intan yg mana kaca.
Tan Sri Mohd Isa adalah ‘intan’ yg mampu memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat di PD.
Ayuh semua. Keluar beramai-ramai. Undilah Tan Sri Mohd Isa
Pesanan ikhlas
HDHI/Port Dickson
8hb Oct 2018
No comments:
Post a Comment